Pendapatan internet merupakan satu isu yang’hot’ skrg. Banyak orang yang Berjaya buat duit dari internet. Bagaimana mereka kaya dan boleh ke kita turut menjadi kaya dari internet? Itu satu persoalan yang bagus untuk kita nilai kedaan dan kemahuan kita. Kali ini kita tengok apa dia Perniagaan Internet.
Perniagaan Internet
Menggunakan saluran internet untuk menawarkan servis dan produk. Produk pula boleh dibahagikan kepada produk fizikal dan produk digital. Antara produk fizikal yang termasuk dalam perniagaan internet ialah menjual barang-barang seperti hasil kraftangan, model kapal terbang (dilakukan oleh team SaifulSham) atau lebih tepat lagi barang-barang yang memerlukan khidmat penghantaran pos. Kita boleh lihat barang-barang yang dijual di eBay dan itu adalah contoh produk fizikal yang termasuk dalam perniagaan internet. Produk digital pula seperti ebook, lagu-lagu mp3 dan software. Contoh mudah ialah produk ebook oleh saudara Labanon di mana beliau berjaya memperolehi lebih dari RM10k dengan satu produk digitalnya!
Servis pula merangkumi perkhidmatan yang disediakan berdasarkan kepada kepakaran yang ada. Sebagai contohnya khidmat membuat grafik, banner dan ecover seperti yang dilakukan oleh usahawan muda Malaysia iaitu Bitol. Beliau Berjaya menjual hasil kreativitinya ke seluruh dunia dengan memulakan perniagaan internet. Di samping itu khidmat membina laman web, khidmat translation dan juga khidmat menulis blog termasuk dalam perniagaan internet yang boleh memberikan pendapatan lumayan kepada kita. Saya juga melakukan khidmat menulis blog kepada beberapa orang peniaga internet dan hasilnya cukup lumayan! Inilah antara cara yang bagus mencari pendapatan internet.

0 comments:
Post a Comment