Salam Sejahtera saya ucapkan kepada mereka yang masih sudi singgah ke blog ini...
Pertama sekali, ribuan maaf kerana dah lama tak buat blog post. Bagi mereka yang masih mencari peluang pendapatan internet, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana masih sudi datang ke blog ini.
Baik...berita terbaru saya? Hehe...nampaknya takde new baru kot... Tapi kalau nak tengok blog post saya yang lama, nampak gaya website Faiz Suberi (honops.net) sudah tiada. Saya pernah ingat dulu dia kata terpaksa 'give up' kerana ingin memberi fokus kepada kerjaya saintisnya di Sime Darby. Nampak gaya itu cerita lama kot.
Saya dok menGoogle namanya di internet, rupanya dia ada website baru! Dan juga mempunyai ebook affiliate blogging yang baru. Kalau you all berminat, tengoklah sendiri di sini.
Baik lah, sampai di sini sahaja. Lain kali I jumpa bahan yang menarik lagi best I post kan ek?
Terima kasih!
Sunday, March 14, 2010
Sudah Sekian Lama...
Posted by
Online Earner
at
12:47 PM
0
comments
Labels: affiliate blogging, Pendapatan Internet
Sunday, November 2, 2008
Ebook percuma!
Posted by
Online Earner
at
11:57 AM
0
comments
Labels: Ebook
Thursday, September 4, 2008
Bagaimana Menjual Ebook anda?
Pada pos yang lepas kita telah bincang secara umum macam mana nak buat ebook anda sendiri. Part tu memang agak senang kalau anda tahu apa yang anda nak tulis dan anda pakar dalam bidang yang anda nak tulis. Part yang paling susah ialah bagaimana nak menjual ebook anda. Ada beberapa tips yang anda perlu tahu;
1 - Buat salesletter yang mengancam. Saya tak nak hurai benda ni sebab anda dah tahu!
2 - Bergiat aktif dalam forum untuk membina reputasi anda sebelum mula melancarkan ebook anda.
3 - Beri percuma ebook anda kepada otai2 untuk di review oleh mereka. Reputasi mereka akan membantu anda! Masukkan review mereka di dalam salesletter anda!
4 - Beri secara percuma preview buku anda kepada bakal pembeli anda. Mungkin 1 atau 2 bab buku anda. Dengan cara ini anda akan dapat membina list sambil menarik minat mereka
5 - Pastikan anda menyediakan sistem affiliate untuk membolehkan pembeli anda menyertainya dengan bayaran komisen yang tinggi.
6 - Follow up email kepada prospek anda
7 - Joint Venture!! Lakukan JV untuk memanfaatkan email list para otai IM. Jangan lupa berikan naskah percuma anda kepada rakan JV anda, jangan sekadar menawarkan harga rendah kepada mereka, berikan sahaja secara percuma kerana pelaburan ini pasti berbaloi!
Last skali, sudah pasti lah doa beb.. Selamat berjaya!
Posted by
Online Earner
at
11:40 AM
0
comments
Labels: Ebook
Tuesday, August 19, 2008
Duit dengan Ebook
Dalam 2 tahun kebelakangan ni, banyak yang kaya hanya dengan menjual ebook. Tengok saja bagaimana Ewan Chia dengan ebook2 nya yang meletup. Ada juga penulis ebook yang berjaya menjual sehingga 10 ribu copy ebook dalam masa tak sampai 2 minggu. Wahh hebatkan?? Kos nya tak sampai separuh pun kos buku biasa. Tiada kos percetakan, tiada kos komisen kedai buku, tiada rencah nak bungkus dan hantar buku. Terima bayaran dan bagi download link untuk pembeli download buku. senang!!
Tapi benda yang susah ialah nak tulis apa? Ada beberapa tips untuk memulakan penulisan;
- senaraikan apa yang anda tahu (kemahiran anda)
- senarai pendekkan semuanya kepada apa yang anda betul2 tahu
- search internet tentang itu dan tgk apa org lain tulis pasal benda yang sama
- cari keunikan yang anda boleh tambah dari produk orang lain
- mula rancang apa yang nak ditulis, buat mindmap
- mula menulis dan fokus!
- siap tulis, semak dan bagi orang lain baca.
Nah sekarang dah siap ebook anda! Yang anda perlu sekarang ialah mula menjana pendapatan internet melalui buku anda itu. Tapi bagaimana? Anda harus belajar macam mana nak pasarkan buku anda pulak. Nanti kita bincang lagi macam mana nak jual buku anda itu di internet. Jumpa lagi!
Posted by
Online Earner
at
7:34 AM
0
comments
Labels: Pendapatan Internet
Tuesday, August 5, 2008
Internet Lubuk Emas!

Posted by
Online Earner
at
11:46 AM
0
comments
Labels: Pendapatan Internet
Thursday, July 17, 2008
Perniagaan Internet
Perniagaan Internet
Menggunakan saluran internet untuk menawarkan servis dan produk. Produk pula boleh dibahagikan kepada produk fizikal dan produk digital. Antara produk fizikal yang termasuk dalam perniagaan internet ialah menjual barang-barang seperti hasil kraftangan, model kapal terbang (dilakukan oleh team SaifulSham) atau lebih tepat lagi barang-barang yang memerlukan khidmat penghantaran pos. Kita boleh lihat barang-barang yang dijual di eBay dan itu adalah contoh produk fizikal yang termasuk dalam perniagaan internet. Produk digital pula seperti ebook, lagu-lagu mp3 dan software. Contoh mudah ialah produk ebook oleh saudara Labanon di mana beliau berjaya memperolehi lebih dari RM10k dengan satu produk digitalnya!
Servis pula merangkumi perkhidmatan yang disediakan berdasarkan kepada kepakaran yang ada. Sebagai contohnya khidmat membuat grafik, banner dan ecover seperti yang dilakukan oleh usahawan muda Malaysia iaitu Bitol. Beliau Berjaya menjual hasil kreativitinya ke seluruh dunia dengan memulakan perniagaan internet. Di samping itu khidmat membina laman web, khidmat translation dan juga khidmat menulis blog termasuk dalam perniagaan internet yang boleh memberikan pendapatan lumayan kepada kita. Saya juga melakukan khidmat menulis blog kepada beberapa orang peniaga internet dan hasilnya cukup lumayan! Inilah antara cara yang bagus mencari pendapatan internet.
Posted by
Online Earner
at
4:01 AM
0
comments
Labels: Pendapatan Internet
Wednesday, July 9, 2008
Pendapatan Internet Hampir MUSTAHIL!!
Adsense. Boleh buat ribu riban dari internet kononnya dengan hanya tulis blog. Aku dah letih dan punya beberapa blog yang aku letak adsense padanya. Kononnya dengan copy paste atikel orang je kita boleh buat duit dari adsense. Ya aku berjaya buat sikit duit, tapi hampeh tul nak kuarkan duit dari adsense kena tunggu cukup $100.. sampai bila aku nak tunggu?
Affiliate. Daftar affiliate program, letak banner kat blog dan signature forum. Dah berapa forum aku join dan letak banner kat signature aku, dapat buat 2 sales, tup tup bila nak kuarkan duit komisen ada pulak syarat kena cukup 5 jualan baru dapat. Cis, gagal lagik aku.. dah la nak dapat satu sale pun susah nak mampos. Bila dapat dua kena cukupkan 5 pulak.. arghh
Program baca email. Ni satu lagik, kononnya baca email iklan boleh dapat duit. Dah berpuluh iklan aku baca haram satu sen pun tak dapat! Tipu tul
Klik iklan. Klik iklan boleh dapat duit? Dah lenguh jari aku klik iklan, hasilnya amat mengecewakan, dapat 20 sen je sehari. Kutip kan lantai umah aku pun boleh dapat. Dah tu nak kuarkan duit tuh kena cukupkan $10 pulak. Isk..
Entah bila aku boleh buat duit dari internet. asyik gagal je.. korang tak tension ke? macam mana lah nak dapat cara yang bagus untuk korek pendapatan internet?
Posted by
Online Earner
at
3:58 AM
1 comments
Labels: Pendapatan Internet


