Tuesday, August 19, 2008

Duit dengan Ebook

Dalam 2 tahun kebelakangan ni, banyak yang kaya hanya dengan menjual ebook. Tengok saja bagaimana Ewan Chia dengan ebook2 nya yang meletup. Ada juga penulis ebook yang berjaya menjual sehingga 10 ribu copy ebook dalam masa tak sampai 2 minggu. Wahh hebatkan?? Kos nya tak sampai separuh pun kos buku biasa. Tiada kos percetakan, tiada kos komisen kedai buku, tiada rencah nak bungkus dan hantar buku. Terima bayaran dan bagi download link untuk pembeli download buku. senang!!

Tapi benda yang susah ialah nak tulis apa? Ada beberapa tips untuk memulakan penulisan;
- senaraikan apa yang anda tahu (kemahiran anda)
- senarai pendekkan semuanya kepada apa yang anda betul2 tahu
- search internet tentang itu dan tgk apa org lain tulis pasal benda yang sama
- cari keunikan yang anda boleh tambah dari produk orang lain
- mula rancang apa yang nak ditulis, buat mindmap
- mula menulis dan fokus!
- siap tulis, semak dan bagi orang lain baca.

Nah sekarang dah siap ebook anda! Yang anda perlu sekarang ialah mula menjana pendapatan internet melalui buku anda itu. Tapi bagaimana? Anda harus belajar macam mana nak pasarkan buku anda pulak. Nanti kita bincang lagi macam mana nak jual buku anda itu di internet. Jumpa lagi!


Tuesday, August 5, 2008

Internet Lubuk Emas!

Mungkin ramai yang tak sedar yang internet adalah satu lubuk emas untuk mengorek wang dari internet. Kita perlu sedar tentang basic mendapatkan duit iaitu mesti ada produk (fizikal, digital, servis) dan mesti ada pembeli nya. Kalau yang ada hanya produk tetapi tiada pembeli, itu liabiliti nama nya. Kalau ada pembeli tapi tiada produk nanti inflasi pula. Jadi perlu kesimbangan. Kedua2nya mesti balance, mesti ada produk dan pembeli yang secukupnya!

Tiap-tiap hari agak2 brapa orang yang menggunakan internet? Juta2 tuh, jadi kita ada juta2 prospek di internet. Akan ada sahaja pengguna baru internet setiap hari yang tujuan mereka mencari info dan juga mencari peluang-peluang yang ada. Seperti anda yang mebaca blog ni, mesti nak cari sikit info kan? Nah di sini lah lubuknya, berjuta insan yang melayari internet ini harus digunakan, harus di manfaatkan!


Mereka yang berjaya ialaha mereka yang pandai mencari peluang, menilai peluang dan mengambil peluang! Peluang sudah ada di depan anda, anda perlu menilai peluang ini, cari apa yang dikehendaki oleh pengguna internet dan manfaatkan peluang itu dengan menukarkannya kepada duit! Ayuh mulakan perniagaan internet anda dan jana pendapatan internet anda secepat mungkin!

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template